mmg emak adalah yg paling rapat dengan aku, kira semua ape2 masalah atau citer mmg aku akan share ngan dia....tak kira la pasal duit, atau belanja apa2 pun mmg dia yang banyak keluarkan. skrg ni aku betul2 rasa kehilangan tempat untuk mengadu atau berkongsi cerita. untuk mengatasi kesunyian...mengharap kan simpati kawan sms utk berbalas-balas msg.
kira aku mmg jarang berpisah dengan mak...bleh kata 27thn umur aku mmg tak pernah kluar dari rumah utk masa yang lama...melainkan ada kursus dan lain2. sebab aku pun bersekolah di sekolah harian, tak pernah tinggal di asrama, berbeza dengan adik2 ku yg lain. jauh merantau di tempat org utk mencari ilmu. walaupun aku kira beruntung sebab 27thn rapat bersama mak...tapi aku rasakan spt tak puas ngan kasih sayang mak...tak puas hidup ngan dia.....inikan pula adik pompuan aku yang berusia 19thn kini...lepas jer dpt upsr terus dpt masuk SBP di Johor Bahru, lepas tu sambung di matrik. adik2 lain hanya sekolah harian yg biasa....dia sendiri ada ckp rindu n tak puas dengan mak...sampai bawak baju arwah ke KMNS di k.pilah tu.....dan baru2 ni dia ada hantar msg pelik... 'suruh mak call, nak borak2 ngan mak' mungkin dia tertekan di situ...sbb bleh kata tiap kali mak call....mesti lama dorang gayut...tapi masa tu mungkin adik aku rimas dengan bebelan mak....tp skrg baru dia tau erti bebelan mak tu.
kalau tak kerna bebelan dia....aku dan adik2 tak mungkin jadi seperti apa yang kami jadi hari ni. kasih sayang ayah? hmmm...maybe ramai yang tau...cukup berbeza kasih sayang mak dan ayah...kalau anak2 tak berayah mereka boleh berkumpul dan meneruskan hidup dengan baik...jika takda mak dari kecil...hidup akan jadi kucar-kacir dan pembesaran mereka akan kurang sempurna. Alhamdullilah, aku dapat menerima pemergian mak dengan redha, aku tak meraung atau menangis semasa mak di kapan dan di kebumikan.
kini tiada lagi panggilan telefon jika aku balik lewat ke rumah, tiada lagi penggilan telefon bila aku jauh pergi berkursus, tiada lagi panggilan telefon bila aku dalam perjalanan bas, tiada lagi orang yang akan menghantar aku ke airport dan tiada lagi orang yg akan memasakkan makanan aku, patutlah 2-3 hari sebelum mak pergi aku ada minta izin untuk aku tidur dalam bilik dia...tapi dia tak bagi. mungkin sbb aku dah besar...hehehe..tp kalau aku tau itu minggu terakhir mak...mmg akn terus tido jer dalam bilik dia...minggu2 terakhir tu...mak ada bermimpi mengejut yg akan ada kenduri mengejut di rumah kami... & ada tilam di bentangkan di tengah rumah...mungkin itu lah petandanya.
akhir sekali, mak...ampunkan segala dosa2 amin terhadap mak,halalkan susu yang mak berikan, halalkan makan minum amin selama ni..dan amin maafkan mak sekiranya amin ada terasa atau berkecil hati dengan mak selama ni...harap mak tenang di sana bertemu Allah dan semoga di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
*hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih ada.
Ke Makam Bonda
Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.
Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.
Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.
Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.
Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.
Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.
Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.
- Allahyarham Haji Usman Awang