Friday, May 15, 2009

Dadah Musuh Negara

Dadah Musuh Negara

Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Dadah berfungsi sebagai bahan perubatan.

Namun pada masa kini, ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja menyalahgunakan dadah sebagai bahan yang boleh memberikan kepuasan dan keseronokan. Bilangan penagih dadah meningkat dari setahun ke setahun. Dalam tempoh Januari-Julai 2008, secara puratanya 512 orang penagih dadah baru dikesan setiap bulan. Antara sebab penyalahgunaan dadah ini berlaku adalah akibat pengaruh kawan-kawan, mencari keseronokan, perasaan ingin tahu yang kuat, kurang kasih sayang dan sebagainya. Terdapat enam jenis dadah yang disalahgunakan secara meluas iaitu heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Pelbagai undang-undang telah diperuntukan untuk membendung masalah ini seperti Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983-(Pindaan)1998, dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Penyalahgunaan dadah mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat dan negara. Pertama, Negara kehilangan tenaga buruh untuk mengisi kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor. Sebahagian besar penagih dadah di negara kita adalah golongan remaja berusia 19-29 tahun. Seperti yang kita sedia maklum, penagih dadah sering berkhayal, keluh-kesah, berpotensi bertindak ganas, berpotensi menghidapi pelbagai jenis penyakit seperti AIDS, penyakit jantung dan sebagainya. Maka mereka tidak produktif dan efektif. Kerajaan terpaksa mengupah buruh asing bagi mengisi kekosongan pekerjaan.

Selain itu, kerajaan juga terpaksa membelanjakan kira-kira RM100 juta untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah seperti mendirikan pusat serenti untuk merawat penagih dadah. Ini merupakan satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan lain contohnya menaiktaraf infrastruktur atau memperkukuhkan lagi sistem keselamatan negara.
Pelbagai program telah diadakan bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi, sektor awam dan swasta. Program yang diadakan adalah dalam bentuk ceramah, pameran, tayangan video, program ko-kurikulum, ujian saringan air kencing, dan lain-lain. Kesemua program mempunyai matlamat yang sama iaitu memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat serta memerangi dadah secara habis-habisan.

Kesimpulannya, dadah merupakan musuh utama negara kerana dadah merosakkan peribadi anak bangsa, mengancam keselamatan negara serta melumpuhkan ekonomi negara.



* sayang giler kt penulis artikel ni... thank you and you and you and you....

No comments:

Post a Comment