Friday, June 19, 2009

SKS-KL 120 Times Daily






“KL…Kuala Lumpur… KL…Kuala Lumpur… KL…Kuala Lumpur…” Jerit penjual tiket bas ekspres sebaik sahaja aku melangkah ke Terminal Bas Seremban. Memang jeritan sebegini tidak asing bagi aku. Itu lah cara mereka nak merebut penumpang untuk memenuhi ‘perut’ bas masing-masing. Makin ramai penumpang, makin banyaklah komisyen yang dorang akan dapat atas penjualan tiket.


Setiap hari inilah rutin hidup aku sejak 2 tahun kebelakangan ni. Berulang alik dengan menaiki bas ekspres untuk ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Memang ramai orang di Seremban yang bekerja di Kuala Lumpur, maklumlah perjalanan yang mengambil masa kira 45 minit - 1 jam perjalanan, bergantung juga pada keadaan kelancaran trafik di lebuh raya.. Ramai yang memilih untuk berulang alik dari Seremban ke Kuala Lumpur, memandangkan kos sara hidup di KL yg agak tinggi. Kalau kat KL sewa sebuah bilik jer dah RM300, kat Seremban RM300 tu dah boleh dapat sebuah rumah teres untuk di sewa.


Seperti biasa, jam pukul 6.30 pagi jer aku dah terpacak kat terminal bas tu. Setelah membayar tiket aku terus jer melangkah naik ke dalam bas. Tiket bas Seremban ke Kuala Lumpur nie tak payah beli kat kaunter macam bas ekspres yang lain. Beli masa nak naik bas jer, macam bas henti-hanti tu. Sampai je dalam bas, aku terus berjalan menuju ke seat yang paling belakang sekali. Ntah..tak tau la apasal….sejak dari zaman sekolah lagi memang aku suka duk kat tempat duduk belakang, tu la port yg aku paling suka. Maybe dapat cuci mata kot, tengok awek2 yang ada kat seat bahagian depan. Hahahaha….


Aku pun melabuhkan punggung kat tempat duduk bas yang agak empuk tu. “Mintak-mintak arr takde orang duduk sebelah aku ari ni, selesa dan bebas sikit aku nak ‘beradu’hahahah”…Bisikku di dalam hati. Kebiasaannya tempat sebelah aku adalah pilihan terakhir untuk penumpang lain duduk…kalau seat lain dah penuh baru la dorang duduk sebelah aku. Al-maklumlah badan aku yang bersaiz XXL nie, makan banyak ‘space’ seat tu, maybe dorang kurang selesa. Lantak korang lar…aku tak kisah duduk sorang-sorang pun, lagi selesa aper.


Nak dijadikan citer….ramai plak penumpang pada ari tu. Hmm….tiba-tiba sorang awek ni adalah penumpang terakhir yang naik bas ni. Aku tengok puas dia mencari kot-kot ada seat yang masih kosong kat bahagian depan, dia pun menuju ke bahagian belakang. Memang dah takde seat kosong lagi, melainkan kat sebelah aku jer. Dia pun terus duduk kat sebelah aku dan aku terpaksa la mencuba untuk ‘mengecilkan’ badan aku yang bersaiz XXL ni…hahahha.


“Perghh…cun gak awek yang duduk sebelah aku ni, manis jer berbaju kurung biru muda sedondon dengan tudung,” Hatiku berkata. Maknanya…..aku tak dapat la tido ni, nanti buatnya aku tido, terlelap plak kat bahu awek ni karang. Buatnya berdengkur lagi naya beb…aku kalau dah tido memang tido kayu sampai tak ingat dunia…ohhh tidak, malu beb!!!. Untuk menghilangkan rasa ngantok, aku kunyah chewing gum jer. Sesekali aku jeling awek kat sebelah ni….nampaknya sedang berbalas-balas sms, hmm ngan pakwe la tu….awek cun macam ni mesti dah berpunya. Arghh lantak la….

####################


Bas yang aku naiki pun membelah kesunyian awal pagi di Lebuh Raya Seremban menuju ke Kuala Lumpur. Kalau tak silap aku, awek ni memang selalu naik bas tiap-tiap hari, tapi ni adalah kali pertama dia duduk kat sebelah aku. Ermm, tapi hati aku rasa lain macam pulak pagi tu….rasa macam ada kekuatan untuk aku menegur awek tu. Puas aku berfikir, ape la soalan yang aku nak tanya kat awek nih?


“Cik! tumpang tanye, jam kul berape skang ek?” Secara otomatik soalan tu yang terkeluar dari mulut aku, dia pun berpaling ke arah aku kemudian melihat jam di telefon bimbitnya.


“Hmm kul 7.15,” sambil dia menjeling ke arah jam tangan aku dengan muka yang agak ketat.

“Nak gi KL ke?” Sekali lagi terkeluar soalan bodoh dari mulut aku.


“Ha…? Gi KL la takkan gi Singapore plak. Dengan nada yang agak menyindir.


Alamak kantoi…mesti dia ingat aku nak ngayat dialah ni….Aku pun dah malas nak tanya apa-apa lagi, karang buatnya kene sound naya je ni. Nampak macam takde respon jer awek ni. Yelah… mentang-mentang aku bukannya ensem dan macho macam Farid Kamil,Remy Ishak, Ashraf Muslim atau jejaka-jejaka idaman Malaya seangkatan denganya. Kah Kah Kah….


Tanpa aku sedari, bas yang aku naiki telah pun melalui Plaza Tol Sungai Besi menuju ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, maknanya bas akan tiba di Central Market dalam 15-20minit lagi. Sesampainya di Central Market, semua orang berpusu-pusu nak turun dari bas. Termasuklah awek yang duduk kat sebelah aku tadi. Aku tengok dia dah pun ada kat bahagian depan bas, beratur untuk turun. Perghh…laju tul awek ni jalan. Maybe dia nak kejar LRT atau bas ke tempat kerja pulak…maklumlah time pagi macam ni LRT ngan bas kat KL ni memang penuh macam dalam tin sardin. Memang kaya lah tokei-tokei syarikat LRT dan bas kat KL ni.


Tiba-tiba… aku terlihat ada beg kertas kat tempat duduk awek tadi Hmm…dia tertinggal beg la ni, tak sabar-sabar nak turun bas, sampai beg sendiri pun terlupa nak amik. Aku pun ape lagi, dengan pantas aku amik beg tu dan cepat-cepat cuba kejar awek tu. Turun jer bas aku cuba memerhatikan ke mana arah awek tadi. Ternyata dia dah tak kelihatan lagi, maybe dah naik bas la tu. Hmm..takpe la, baik aku bawak beg dia ni gi pejabat dulu…lepas ni baru fikir nak buat ape. Karang duk mencari-cari dia, aku pulak yang terlewat ke pejabat. Aku pun tak periksa apa isi kadungan dalam beg kertas tu.


Sesampainya di pejabat, semua mata tertumpu ke arah ku,


“Wei…Man apsal ko bawak beg kertas plak arini, warna pink lak tu…nak jadi ‘sutun’ ker….hahahah?” Ketawa Zirwan, rakan sepejabat dengan aku. Dia ni memang selalu bergurau dengan aku dan rakan-rakan sepejabat yang lain.


“Oit…mangkok! ni bukan beg aku la…ade awek yang tertinggal beg dalam bas tadi” Terangku pada Zirwan dengan hati yang agak paneh sambil merenung tajam ke arahnya. Kami memang selalu bergurau dengan menggunakan bahasa yang agak kasar sedikit.


“Owh…awek tertinggal beg? Apa isi dalam beg tu?” Zirwan bertanya lagi.
“Hmm…ntahla” Aku pun malas nak melayan si Zirwan nih, karang tak selesai plak keje-keje aku yang berlambak kat atas meja ni. Last-last aku yang kene sound dengan bos nanti.


Rakan-rakanku yang lain pun menjalankan tugas masing-masing dengan tekun, termasuk si Zirwan tadi. Ada yang sedang menaip, menulis dan macam-macam lagi lar. Tak kurang juga yang berchatting melalui internet. “Cess…salah guna kemudahan internet yang kerajaan berikan kat pejabat”.Hatiku berkata. Aku pun mula membuka dan menyemak fail-fail yang bertimbun di atas meja.


“Adus… mane plak pergi nye beg kertas aku ni?” Oh my god….tertinggal dalam bas pagi tadi la nie. Ina menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. “Macam mane aku nak buat ni?…dalam beg tu ada diari aku…dan dalam diari tu ada semua jadual-jadual aku bertemu client, dan dalam diari itu jugak lah ada sampul surat dan cek bernial RM 7000. “Mati la aku kali nie…..” Hati Ina berkata.


Ina menceritakan kejadian berkenaan pada Ayu rakan karibnya di pejabat. Ayu menasihatkan Ina bertenang dan besabar, jika perlu dia menyuruh Ina memberitahu hal berkenaan kepada bos. “Oh tidak…, ko gile ke? Aku kena carik gak beg tu sampai dapat, aku nak cari kat dalam bas yang aku naik pagi tadi”. Ina berkeras.


“Terpulang la katkau Ina, tu pun kalau ade lagi beg ko tu dalam bas, kalau takde macam mane?” Jelas Ayu.


“Oit!...ko ni nak takut-takutkan aku plak” Jawab Ina dengan nada yang cemas. “Aku rase mesti ada kat dalam bas tu lagi, takpun driver bas tu simpankan” Ina cuba menenangkan dirinya.

####################


“Man…jom gi kafe, lapar la plak” Zirwan mengajak aku makan tengah hari.


“Hmm…ko pegi la makan dulu, aku tak lapar ni. Pagi tadi aku dah ‘belasah’ nasi lemak 2 bungkus”. Hahaha. Lagi pun aku tgh diet sekarang ni.


“Ye la tu…., kalau macam tu biar aku gi lunch dulu la ek.” Zirwan pun terus berlalu dari situ untuk menuju ke cafeteria yang terletak di tingkat 3.


Aku pun terus melihat apakah barang yang berada dalam beg tersebut. Hanya terdapat sebuah diari berwarna biru tua. Tanpa melengah-lengahkan masa, satu demi satu muka surat diari itu aku selak, mana tau kot ada alamat awek tadi dalam diari ni. Terdapat sekeping sampul surat di tengah-tengah muka surat diari berkenaan.

Aiman Darlina Akhmar Binti Abd Rahim, tarikh lahir 21.03.1984. Ohh...rupa-rupanya awek ni muda setahun dari aku.Hehe. Bekerja dia sebuah syarikat perbankan di KL. Namanya lebih kurang macam nama aku pulak, bezanya aku Mohd Aiman Hakimie, Aiman je sama. Nasib baik jugak ada no hand phone dia dalam diari nie. “Baik aku call dia sekarang” Kataku dan terus mendail nombornya.

“Assalamualaikum....saya Aiman Hakimie, boleh saya bercakap dengan Cik...errr Puan Aiman Darlina?” Aku tidak pasti sama ada dia berstatus cik atau puan.

“W`salam, yer saya Cik Aiman Darlina, boleh saya tau sape tu?” Dia bertanya.

“Awak ada tertinggal diari dan beg tak? Saya terjumpa beg awak dalam bas pagi tadi, saya ingat nak kejar awak, tapi turun jer bas saya tengok awak dah tak ada”

“Ohh...yeke, syukurlah, tapi macam mana saya nak jumpe awak?”

“Macam nie...nanti saya bagi barang awak ni masa balik nak naik bas ok? Saya akan tunggu awak dalam pukul 5.30 gitu. Saya yang duduk sebelah awak dalam bas pagi tadi... ingat tak? ”

“Awak rupenya...ingat. Terima kasih banyak yer sebab tolong simpankan beg dan diari saya tu.”. Barulah Ina dapat tersenyum, tak macam tadi seperti banduan yang tengah menanti hukuman. Mana taknya, terdapat cek yang bernilai RM7000 dalam diari tu.

Tepat jam 5.30 ptg aku dah sedia menantinya di tempat menaiki bas. Tiba-tiba satu suara perempuan memberi salam di belakang ku, Aku segera menoleh dan menjawab salam.

“Awak ke En. Aiman Hakimie yang call saya tengah hari tadi?”

“Yup saya, nah barang awak” Aku pun menghulurkan diari yang berada di dalam beg itu kepadanya.

“Terima kasih banyak-banyak ek En.Aiman, kalau tak sebab awak, tak tau la apa yang akan jadi pada saya.”. Ina begitu bersyukur kerana cek yang bernilai RM 7000 masih terdapat di dalam sampul surat berkenaan.

“Ehh....tak payah la berencik-encik dengan saya, panggil saya Man aje. Hmm...bas dah nak gerak tu, jom naik ” Aku mempelawanya.

Seperti biasa aku menuju ke bahagian belakang tempat duduk penumpang, memang tu port kegemaran aku. Yang paling tak di sangka-sangka awek tu terus mengekori aku ke tempat duduk di bahagian belakang.

“Boleh saya duduk sebelah awak” Ina meminta izin.

“Boleh...ape salahnya, lagipun saya hanya bayar untuk 1 seat sajer, sebelah saya ni sapa-sapa pun bleh duduk...sila la.” Aku menyuruh Ina duduk.

Macam-macam perkara yang kami bualkan sepanjang perjalanan pulang dari KL ke Seremban itu. Perjalanan yang biasanya memakan masa 1jam perjalanan aku rasakan begitu singkat. Hehe. Tanpa aku sedari, bas telah pun sampai di Seremban.

“Ok la Man, saya balik dulu, terima kasih. Jumpa lagi ek” Ina meminta diri untuk pulang setelah turun dari bas. Ina pun terus berlalu meninggalkan aku.

Keesokan harinya, aku pun menjalankan rutin harian ku seperti biasa. Seawal jam 6.15pagi aku telah pun sampai ke terminal bas untuk ke tempat kerja. Tiba-tiba hand phone ku berbunyi, bunyi itu menandakan ada SMS masuk. “Saper plak yang hantas SMS kat aku pagi-pagi buta ni” Aku kehairanan. Aku terus memeriksa peti masuk , rupa-rupanya Ina yang menghantar SMS.

“Salam, morning, ina ni...Man dah smpi lom? Ina tgu Man, kt naik bas same2 ek?”

Aku pun mempercepatkan langkah untuk ke platform menaiki bas. Setelah sampai di sana, Ina telah pun menunggu aku dengan mengukir sebuah senyuman.

“Jom naik,” Aku dan Ina pun menaiki bas yang sudah sedia untuk bergerak.

####################

Hari berganti hari, pejam celik pejam celik usia perkenalan, persahabatan aku dan Ina telah pun menjangkau 6 bulan. Kini aku tidak lagi keseorangan menaiki bas, aku sudah ada teman, teman yang menjadi 'penghuni' tetap di sebelahku setiap kali berada di dalam bas. Teman berkongsi cerita, masalah dan sebagainya. Kini aku dan Ina bukan sekadar sahabat, kami telah pun menjadi sepasang kekasih. Akulah satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan dia menerima cinta, setelah 3 tahun kecewa dengan teman lelakinya yang dulu. Itu pengakuan Ina sendiri pada aku.

Kami terpaksa berjauhan buat sementara waktu. Aku terpaksa menghadiri Kursus Induksi selama 2 minggu di Pulau Pangkor. Sepanjang aku berada di sana, hanya tuhan aje yang tahu bagaimana rindunya aku pada Ina buah hati ku itu. Hehe. Hanya telefon dan SMS sahaja yang menjadi medium perhubungan kami.

Kursus 2 minggu yang aku dan rakan-rakan lain ikuti telah pun berakhir, kini tiba masanya untuk kami pulang ke pangkuan keluarga dan menjalankan tugas di pejabat seperti biasa. Aku memang tak sabar-sabar untuk pulang, maklumlah dah lame tak jumpe Ina 'busyuk' aku tu. Hehe.


Sampai saja aku di rumah pada petang jumaat, aku terus menghubungi Ina. Aku mengajaknya untuk berjumpa pada keesokkan harinya.

Tepat jam 3 petang, kami berdua telah pun berada di Taman Tasik Seremban. Aku rasa tempat ni jer lah yang paling popular bagi pasangan yang bercinta kat daerah Seremban ni. Aku dan Ina pun duduk di bangku yang di sediakan betul-betul di bawah pohon rendang berhampiran dengan tasik, memang nyaman suasana pada petang itu. Kelihatan ramai orang melakukan aktiviti riadah dan tak kurang juga keluarga yang membawa anak-anak bersiar-siar.

“Ina...awak rindu kat saye tak mase saye gi kursus?”

“Hmm...tak” Jawab Ina berseloroh.

“Haaa?....yeke? Hmm mesti dah ade yang lain kan?” Aku buat-buat merajuk la konon. Hehe.

“Lar....mane ade, orang gurau jer la. Itu pun nak amik ati ker? Mestilah Ina rindu kat Man, Man kan Ina punya teddy bear yang paling besar. Hihi. Hmm....yang Man kat sana tu, mesti ramai awek yang cun-cun kan?”

“Memang la ramai awek yg cun kat sana, tapi mana dapat lawan Ina saya. Ina cantik, anggun,menawan dan yang paling penting “busyuk” Hehehe,. Kata ku sambil ketawa, busyuk tu panggilan manje aku kat Ina.

“Yelah tu, sekeh kang” Kata ina sambil menjelirkan lidah padaku.

“Lapar la, awak nak burger? Tunggu jap ek...saya nak gi beli burger kat sana.” Aku pun berlalu meninggalkan Ina untuk ke gerai burger yang berada di tepi jalan raya berhampiran taman tasik berkenaan.

“Bro...bagi burger ayam dua, coke dua” Aku membuat pesanan pada peniaga burger itu, Kalau dulu 2 biji burger ni untuk aku sorang jer...sekarang terpaksa la makan satu jer, lagi pun aku dalam proses diet sekarang ni. Hehe

Aku pun terus mendapatkan Ina, memang syok makan waktu-waktu macam ni...tepi tasik plak tu. Tapi masalahnya...aku biasa menghabiskan sebiji burger dalam masa kurang 5 minit, jadi aku kena la makan burger ni slow-slow. Haha, Takkan aku nak tunjukkan kat Ina yang aku boleh habiskan burger tu tak sampai 5 minit, jatuh la saham aku beb!

Kami pun berbual-bual sambil makan, Tiba-tiba Ina mencapai sehelai tisu yang berada dalam beg tangannya lalu mengelap mulut aku yang sedikit comot dek mayonis burger tadi.

“Ape Man nie...makan macam budak-budak jer. Hehe” Ina ketawa kecil.

“Ehh. Yeke, tak perasan lar. TQ!” Hanya tuhan yang tahu betapa malunya aku masa tu. Walaupun begitu aku rasa sangat terharu di atas perbuatan Ina tadi, dia mengambil berat pasal aku. Aku di manjakan seperti kanak-kanak pra sekolah. Kami sering menjadi perhatian apabila berada di khalayak ramai. Aku tak pasti, sama ada dorang melihat keadaan fizikal aku yang macam ni dapat teman wanita secantik Ina. Memang Ina menjadi kegilaan ramai kawan lelakinya di pejabat.

Azan asar di masjid berhampiran telah pun berkumandang. "Ina saya nak gi semayang kat masjid tu, jom kita gi sekali ek..?"

"Ermm...erm.. Ina cuti la Man" Ina senyum tersipu-sipu tanda malu.

"Haa?... cuti ape plak? memang hari ni cuti kan...Sabtu" Aku tanya balik kat dia, pura-pura tak paham ape 'cuti ' yang di maksudkan. Hehe

"Man....pernah makan kasut size 7 tak? Miangnye...taknak kawan la camni. "

"Hahahaha...saya gurau ajer la...jangan marah. Kla....Ina duk sini jap...tunggu saya gi semayang jap. Ada orang ngorat jangan layan tau." Aku hanya mampu ketawa dan terus meninggalkan Ina.


Esok saya nak gi main futsal, member-member ajak. Ina nak ikut ker?”

“Boleh gak, sebab esok mak ngan ayah takda, gi kenduri umah Pak Ngah.” Ina bersetuju menemankan aku.

###################

Dah lama tak bersukan, memang azab rasanya. Sakit-sakit seluruh badan aku, seperti biasa posisi kesukaan aku ketika bermain bola sepak atau futsal. Goal Keeper! Haha. Aku rasa posisi tu la yang paling senang dan kurang pergerakkan. Lantaklah, kami bukan masuk tournament pun.
Kawan-kawanku yang lain memang selalu main futsal, sape tak kenal Helmi@Butet penyokong fanatik Liverpool, Firdaus, Shahrul, Ramdzan, Haniff dan Mail Kobau, Diaorang semua penah wakil sekolah dalam pertandingan bola sepak dan menjadi atlit kebanggaan sekolah. Aku agak slow sikit masa zaman sekolah dulu.

Selesai bermain futsal, aku segera mendapatkan Ina yang setia menanti di luar gelanggang.

“Letih ker Man? ” Tanya Ina kepada ku sambil menghulurkan towel dan air mineral.

“Pancit woo....biase la jarang-jarang bersukan. TQ ek..” Wah sekali macam filem Gol & Gincu la pulak, mesti Ina ni suka tengok Gol & Gincu. Aku meneka di dalam hati.Setelah membersihkan diri aku dan Ina pun terus pulang ke rumah.

####################

Langit tidak selalu cerah, kebahagian yang aku kecapi bersama Ina rupanya tidak kekal. Lebih kurang sebulan Ina mendiamkan diri dan tidak langsung menghubungi aku. Aku rasa beratus-ratus SMS dan call aku tak di jawabnya.

Aku hairan bercampur risau, “Apakah yang berlaku pada Ina” Soalan ini sering bermain-main di benak fikiranku. Nak datang terus ke rumahnya aku tak berapa berani, maklumlah aku belum kenal lagi dengan keluarga Ina. Tak dapat dinafikan aku begitu rindu dan tak mampu hidup tanpanya.

Pada suatu petang, aku menerima 1 panggilan telefon. Nama dan nombor telefon bimbit Ina yang tertera pada skrin hand phone aku. Gembiranya hati aku masa tu tak boleh cakap...rasa macam nak melompat pun ada.

“Hello ni Aiman Hakimie kawan Kak Ina ker?”

“Yer...sapa ni?” Aku pasti yang menghubungi aku tu bukan Ina. Sebab aku kenal betul dengan suara Ina.

“Saya Suraya, adik Ina, saya baru jer on kan no kak Ina. Saya tengok ada banyak SMS dan misscall dari no abang.”

“Ohh adik Ina, kenapa dengan Ina, Ina mana...kenapa dia tak call saya?” Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati.

“Hmmm....saya nak bagi tau.... yang Kak Ina...Kak Ina.....kakak dah takde lagi bang, dia dah meninggal 2 minggu lepas”. Suara Suraya tiba-tiba teresak-esak menangis memberitahu apa yang telah berlaku.

Aku terus terduduk di atas lantai, badan aku rasa tidak bermaya lagi untuk bangun. Tenaga aku sebagai lelaki selama ini terasa seperti hilang terus dari diriku. Aku hanya mampu menemui Ina di pusaranya, memberi penghormatan yang terakhir buat seorang insan yang pernah aku sayangi. Perhubungan kami hanya bertahan lebih kurang satu tahun. Aku hanya mampu berdoa agar rohnya di tempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Suraya menghulurkan sepucuk surat kepadaku, katanya surat ini di tulis oleh Ina sebelum dia menjalani pembedahan. Baru aku tahu, rupa-rupanya Ina mengalami ketumbuhan di dalam perut. Patut la dia kerap ambil cuti sakit dulu, baru aku ingat.

Aku melihat isi di dalam surat ini agak ringkas.

Assalamualaikum....

Man...terlebih dahulu Ina ingin memohon maaf sekiranya Ina ada terkasar bahasa atau atau apa-apa yang mengguris hati Man sepanjang perkenalan kita. Maafkan Ina, sebab tak beritahu Man pasal penyakit yang Ina hadapi ni. Ina taknak Man risau & susah hati.

Untuk pengetahuan Man, dah 2 tahun Ina disahkan doktor mengalami ketumbuhan dalam perut. Ina selalu juga menjalani rawatan di hospital.

Ina nak Man tau, yang Ina sangat menyayangi dan menyintai Man. Ina tak kisah pun keadaan fizikal Man macam mana pun. Man aje yang terlalu merendah diri.

Satu lagi...andainya Ina dah tiada. Harap Man dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, jaga diri dan kesihatan Man baik-baik, jadi anak yang berguna pada keluarga. Ina juga berharap Man sentiasa mendoakan kesejahteraan Ina di sana.

Yang menyayangimu,

Aiman Darlina Akhmar

Bermula dari detik itu, aku kini menjadi seperti aku yang dulu. Aku kembali berseorangan, namun dalam hati kecilku, aku amat bersyukur pada Allah, kerana aku dipertemukan dengan insan sepertinya. Dia yang banyak mengajar aku erti kasih sayang,rindu,cinta,cemburu dan sebegainya.

TAMAT
___________________________________________________________________

--'{@ --'{@ --'{@ --'{@

Salam...terlebih dahulu sy nak mohon maaf sekiranya cerita saya ni membosankan atau penggunaan ayat dan bahasa yang tidak tepat. saya tak la pandai menulis, hanya suke2. Citer ni pun saya siapkan hanya 1 malam. Mohon maaf sekiranya watak-watak atau penulisan dalam ni yang berkaitan dengan sape2 yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Hanya rekaan semata-mata. HeHe. Citer ni juga merupakan penulisan saya yang pertama.

#SKS -KL adalah merupakan sebuah syarikat bas ekspres yang beroperasi di Seremban. (Buat sape2 yang tak tau la.) Bukan tujuan saya nak promote syarikat bas ni pun...1 sen haram pun saya tak dapat...wakakakaka.....

Citer ni gak saya tujukan khas buat kawan baik saya Azlina... Komen jangan tak komen...haha.

Selamat Membaca










3 comments:

  1. salam...
    idea dah ada, fakta pun kukuh, tapi part olahan tu ke mantap kan lagi sket. okey, bro..

    ReplyDelete
  2. hahaha...ni maybe 1st n last citer....maleh dah nak buat lg..takda masa

    ReplyDelete