Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada putera sulung baginda Tunku Ali Redhauddin sebagai Tunku Besar Seri Menanti pada satu istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti dekat sini hari ini.
Pada istiadat itu, Tuanku Muhriz membuat pengisytiharan dan berkenan menyerahkan watikah pelantikan dan sebilah keris kepada Tunku Ali Redhauddin.
Setelah itu, Tunku Ali Redhauddin melafazkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz.
Turut berangkat Permaisuri Baginda Tengku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud. Istiadat pengurniaan gelaran pusaka Tunku Besar Seri Menanti kepada Tunku Ali Redhauddin berlangsung dengan penuh adat istiadat dengan dihadiri kira-kira 700 orang tetamu termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin serta anggota Exco, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan.
LAGI TUNKU-PELANTIKAN 2 KUALA PILAH Istiadat penuh tradisi diraja ini diadakan dalam dua upacara di mana pada upacara yang pertama, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan membuat pengisytiharan dan berkenan menyerahkan watikah pelantikan dan sebilah keris yang diwarisi zaman berzaman.
Pasangan diraja kemudian berangkat meninggalkan dewan untuk istiadat kedua iaitu istiadat menghadap, di mana para pegawai istana memberi penghormatan kepada Tunku Besar Seri Menanti yang baru atas pelantikan baginda.
Tunku Ali Redhauddin, 32, memegang gelaran yang disandang oleh ayahandanya sebelum baginda dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Dis tahun lepas. Tunku Besar Seri Menanti adalah gelaran yang paling kanan di antara Putera Yang Empat. Tiga gelaran lain ialah Tunku Laxamana, Tunku Muda Serting dan Tunku Panglima Besar yang disandang masing-masingnya oleh Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tunku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.
Tugas-tugas Putera Yang Empat termasuk menyelia hal ehwal istana dan pegawai-pegawai istana dan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Besar.
Di samping itu, Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa Tunku Besar Seri Menanti adalah Anggota Dewan Keadilan dan Undang yang dianggotai Yang di-Pertuan Besar dan Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin.
Tunku Ali Redhauddin diputerakan pada 1977 di Hospital Universiti Kuala Lumpur (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya). Baginda mendapat pendidikan awal di Kuala Lumpur sebelum melanjutkan persekolahan menengahnya di Kolej Marlborough di Wiltshire, United Kingdom.
Baginda berkelulusan BA (Hons) dalam jurusan Sejarah, Sains Sosial dan Politik daripada Universiti Cambridge pada 1998.
Baginda memulakan kerjayanya di McKinsey & Company London dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk berkhidmat dengan McKinsey in Asia.
Pada 2004, Tunku Ali menyertai Khazanah Nasional Berhad dan kini menyandang jawatan Pengarah Pelaburan.
boleh tahan... ader ciri2 kepimpinan... semoga Baginda dpt jlnkan tugas sbg Tunku Besar dgn baik dan penuh keikhlasan...
ReplyDeletelilygreeny mcm mana bleh tau blog ni..?
ReplyDeletewakakaka....tak bg tau sape2 pun
bahaya ni